Refleksi komputer dalam pendidikan
REFLEKSI 1
CARA UNTUK MEMBUAT EMAIL
Sebelum membolehkan kita untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan melalui sistem internet, kita seharusnya membuat alamat email terlebih dahulu. Dengan adanya alamat email pada zaman sekarang dapat memudahkan lagi perhubungan secara terus melalui jaringan internet yang boleh menghubungkan sampai ke luar negara. Banyak jaringan-jaringan internet yang boleh kita layari dengan adanya email antaranya Yahoo, Google, Friendster, My Space dan sebagainya lagi. Sebagai permulaan untuk membuat email, kita hendaklah mengikuti caranya satu langkah demi satu langkah seperti:
Sebagai permulaan untuk mendaftar email, kita perlulah membuka laman web internet yang ingin kita berdaftar contohnya : http://www.yahoo.com/. Selepas itu, daftar masuk email di sebelah kanan web tersebut dan hendaklah mengisi maklumat peribadi serta apa yang dikehendaki ke dalam boring yang telah disediakan. Cara seterusnya, kita hendaklah memastikan bahawa semua maklumat yang dekehendaki telah diisi dengan lengkap dan hendaklah juga membaiki kesilapan pada email yang hendak kita daftar ini serta mestilah memastikan bahawa alamat email yang ingin didaftar ini masih tiada yang menggunanya.
Setelah semua langkah-langkah yang dikehendaki telah selesai dibuat,
REFLEKSI 2
CARA UNTUK MENGHANTAR EMAIL
Pada zaman serba maju ini, penggunaan internet adalah salah satu komunikasi dua hala yang sangat penting yang tiada sempadan dan mudah untuk mendapatkan maklumat atau pun memberikan maklumat dengan pantas serta segera. Untuk mendapatkan maklumat dan menghantar maklumat kita hendaklah menggunakan email. Cara menghantar email kepada pihak lain ialah seperti :
Permulaan menghantar email, kita mestilah klik menu compose dan mengisi segala maklumat di dalamnya yang hendak dihantar iaitu “to” yang merujuk kepada alamat email pihak yang ingin dihantar maklumat dan perlulah “cc” jika hendak membuat salinan maklumat kepada pihak lain dan perlulah sertakan “subject” iaitu tajuk perkara yang ingin di hantar itu. Kemudian, taip mesej yang hendak dihantar itu di dalam kotak yang telah disediakan. Dan akhirnya, kita hendaklah mengklik butang send dan email maklumat yang hendak dihantar akan terhantar. Bagi memastikan sama ada email yang kita hantar itu terhantar atau pun tidak, kita boleh menyemaknya dengan mengklik pada butang sent dan kita kemudiannya dapat memastikan bahawa ada telah tersenarai alamat email yang dihantar.
Selain daripada itu, kita juga boleh menghantar salinan email kita kepada pihak yang ketiga dengan menggunakan cara compose, reply, cc dan forword. Antara contohnya ialah:
Ø Ridzuan compose mesej kepada Akmal. Ridzuan pula hendaklah menulis alamat email Akmal sahaja untuk menghantar maklumat.
Ø Kemudian, Akmal mestilah reply kembali kepada Ridzuan dengan menulis “cc” lepada pihak yang ketiga nsakinah.2001@yahoo.com contohnya:
Ø Apabila Ridzuan mendapat mesej tersebut, Ridzuan hendaklah forwad meses tersebut kepada nsakinah.2001@yahoo.com iaitu selaku pihak ketiga dan perlulah menaip “cc” dengan alamat email Ridzuan.
Bagi memudahkannya lagi untuk difahami, lihat contoh di bawah:
v Ridzuan compose kepada Akmal(mal_08@yahoo.com)
v Akmal reply + cc(nsakinah.2001@yahoo.com)
v Ridzuan forwad kepada (nsakinah.2001@yahoo.com)+cc (wan_86@yahoo.com)
REFLEKSI 3
CARA UNTUK MENGHANTAR GAMBAR ATAU FILE
Cara untuk menghantar gambar atau file yang terdapat di dalam mana-mana file atau folderboleh melalui kaedah attach files seperti:
o Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah klik compose dan isikan maklumat yang dikehendaki seperti alamat email pihak yang ingin dihantar maklumat.
o Klik attach files. Dan setelah itu kita akan terlihat paparan mengenai cara untuk browse file.
o Kemudian, dan pilih mana-mana files atau folder yang ingin dipilih untuk menghantar gambar ataupun apa sahaja maklumat.
o Setelah itu, klik attach dan apabila files atau gambar telah berjaya di attach, klik send bagi mengattach files.
o Akhirnya files dan gambar telah dihantar dan bagi memastikan files atau gambar berjaya di hantar boleh menyemak di bahagian sent.
REFLEKSI 4
CARA UNTUK MEMBUAT YAHOO GROUP
Selain membuat email di yahoo messengers, kita juga boleh menghantar email melalui yahoo group dimana yahoo group adalah lebih mudah untuk kita menghantar mesej penting kepada rakan kumpulan kita. Antara membuat yahoo group adalah seperti berikut:
Pada permulaan, kita perlulah membuka laman web yahoo (http://www.yahoo.com/), kemudian kita akan mengklik menu group pada bahagian tepi laman web yahoo. Setelah mengklik group, kita akan diminta untuk klik “start your group” dan arahan seterusnya kita hendaklah memilih menu “school&education” dan seterusnya klik “college&university”. Kemudian klik by location dan klik place my group. Seterusnya kita mestilah mengisi maklumat seperti group name, enter your email address dan describe your group.
Setelah selesai membuat yahoo group, kita bolehlah melakukan invite kawan-kawan untuk join group dengan menaip alamat email mereka di dalam kotak email yang telah disediakan. Semasa menaip alamat email kawan-kawan kita di dalam kotak, kita hendaklah menaip alamat email dengan berselang sebaris dengan alamat email yang lain dan seterusnya klik invite. Apabila telah melakukan invite, kawan-kawan yang kita invite tadi telah menerima invite kita sebagai jemputan untuk join group kita dan seterusnya membolehkan kita join group mereka pula. Dalam proses menghantar mesej kepada semua ahli group, kita mestilah klik menu post dan menaip mesej. Akhirnya ahli-ahli group kita akan menerima mesej kita.
REFLEKSI 5
CARA-CARA MEMBUAT BROWSER DAN BUKU PROGRAM
Cara-cara membuat browser atau pemplet hendaklah dimulakan dengan klik menu program microsft office word dan kemudian pergi ke page setup dan klik margin dan kemudian landscape. Setelah itu, kita bolehlah menaip browser kita dan kita boleh mengubah tulisan dalam perbagai bentuk serta boleh membubuhkan gambar bagi menceriakan lagi browser kita. Kita juga boleh menggunakan header & footer.
Seterusnya ialah cara untuk membuat buku program, cara membuat buku program juga hendaklah menggunakan word microsoft office, page layout ataupun page setup dan seterusnya pergi ke orientation pilih potrait seterusnya klik pada pilihan multiple pages “book fold” dan kemudiannya boleh memulakan menaip buku program kita. Dalam membuat buku program kita boleh mempelbagaikan kaedah untuk mencantikkan buku program kita, antaranya kita boleh menggunakan word art, header & footer, boorder & shading dan sebagainya lagi seperti penggunaan font colour dan picture background.
REFLEKSI 6
CARA-CARA MEMBUAT MASTER SLIDE
Seperti yang telah kita ketahui bahawa membuat slide power point adalah dengan menggunakan kaedah biasa iaitu klik satu persatu semasa tengah slide show. Tetapi kita juga boleh menggunakan slide power point dengan menggunakan master slide iaitu caranya yang pertama kita mestilah mengklik pada menu view atau pada program baru terus kepada master layout, master dan slide master. Selepas itu, kita hendaklah insert Picture untuk membentuk latar belakang slide master kemudian close insert Picture dan close master slide. Dan untuk meneruskan slide yang seterusnya, kita hendaklah mengklik menu home dan new slide ataupun pada window lama klik insert dan new slide. Kita boleh menaip sehingga selesai empat atau lebih slide utama sebelum di hyperlinkkan dan pergi ke menu slide show klik set up show. Semasa klik set up show kita mestilah menentukan bahagian utama yang mana akan keluar dahulu dan kemudian klik ok. Seterusnya, kita hendaklah sambung menaip isi tajuk yang hendak dihyperlinkkan nanti dan apabila selesai menaip, kita hendaklah menghighlightkan tajuk isi yang hendak kita showkan, dan selepas itu kita hyperlinkkan tajuk itu. Semasa membuat hyperlink kita mestilah tentukan kedudukan isi kepada tajuk yang hendak dipaparkan pada slide keberapa dan kemudian klik ok. Setelah selesai proses menaip dan membuat hyperlink, kita juga boleh membuat custom animation, slide transition dan animation schemes bagi tujuan menjadikan slide show kita yang akan dipamerkan kepada umum menampakan keceriaan dan menarik.
6 comments:
heheee..t pun tkt jgk tp xde perasaan pun..huhu..xpe, yg pntg haidar cool k dalam ape keadaan sekalipun..insya Allah haida dapat atasi semua dgn tenang..=)
tkt ke x kne hadapi jgk kn?
so sme2 la kte hadapi kuiz 2 ek...hehehe (",)
Assalamualaikum
tgh wat pe 2
assalamualaikum.. :)
salam aida...hehe fiza da masuk,gud luc tuk ptg ni..
nanti akak ajar haidar buat ye... ilmu tu kan kena kongsi bersama :)
Post a Comment